Probiotik Telah Lama Bersama Kita
Probiotik telah ada dalam sistem kita sejak kita dilahirkan lagi. Apabila bayi baru dilahirkan, dia sudah terdedah kepada bakteria buat pertama kali. Situasi ini telah memulakan satu rantaian kepada laluan GI bayi itu dan ia mula menghasilkan bakteria baik.
Sekiranya anda tidak memiliki probiotik yang cukup, maka kesan sampingan yang anda akan alami ialah seperti ketidakaturan sistem pencernaan, masalah kulit, fungus, penyakit autoimun, kesejukan dan selesema.
Secara kebiasaannya, kita memiliki banyak probiotik dalam diet kita dengan memakan makanan yang segar daripada tanah yang baik dan melalui penapaian makanan untuk mengelakkannya daripada rosak.
Namun, disebabkan oleh penyejukan dan amalan pertanian yang berbahaya seperti merendamkan makanan kita dengan klorin, makanan kita semakin kurang kandungan probiotiknya bahkan kebanyakan makanan kita kini mengandungi antibiotik yang berbahaya dan akan membunuh bakteria baik dalam tubuh badan kita.
Comments
Post a Comment